Hiburan
"Kawan Pun Tak Boleh Percaya Sekarang" - Ara Johari Rengsa Dicanang Suka Berhutang
Penyanyi Ara Johari kesal dengan sikap individu yang gemar mencanang kisah tidak betul mengenai dirinya.
Jelas Ara, lebih menyakitkan apabila ada pihak yang mendakwa dirinya suka berhutang dan meminjam wang dari orang lain.
"Kalau saya ada berhutang dengan sesiapa atau ada terpinjam seringgit dua ringgit ke, boleh tak DM saya terus.
"Sebab saya tak suka bila orang buat cerita mengarut, kawan-kawan pun tak boleh nak percaya sekarang ni.
"Kalau anda ada masalah atau hutang dengan saya, sila tonjolkan muka anda," tulis Ara menerusi ruangan Instagram Stories baru-baru ini.
Tegas Ara, dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa dan tidak manis baginya untuk mencanang cerita tidak tepat mengenainya.
"Aku tak pernah berhutang sana-sini dengan orang!
"Jadi jangan duk expect, kau boleh canang cerita aku sana sini!
"Aku paling pantang kalau orang busukkan nama aku tanpa bukti ni!" tambah Ara lagi.
Instagram: @arajohari
Must-Watch Video