Viral

"Kawan Sendiri Pun Mengata Saya Perasan Artis Buh Gambar Sendiri Sampul Raya" - Jutawan Tudung Bawal

gempak
Amri Hassan
13/04/2024
03:45 MYT
Sponsor Banner
"Kawan Sendiri Pun Mengata Saya Perasan Artis Buh Gambar Sendiri Sampul Raya" - Jutawan Tudung Bawal
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menjelaskan sudah menjadi rutin tahunan pihaknya mengeluarkan sampul raya dengan cetakan wajahnya sendiri.
Jelas Haliza, sampul raya digunakannya sebagai stok untuk bersedekah biarpun selepas sambutan Aidilfitri.
"Cerita sampul raya ni sebenarnya dah berpuluh tahun saya buat. Mulanya buat untuk pakai sendiri saja. Memang setiap hari raya guna banyak. Selebihnya saya sentiasa buat stok letak dalam beg untuk duit sedekah.
"Bila pelanggan nampak, mereka request nak sampul yang sama. Sejak dari itu Bawal Exclusive keluarkan sampul raya gambar founder.
"Kalau kata ada rasa nak kecik hati orang kutuk, patutnya lama dah saya boleh terasa. Bukan sebab kata netizen, kawan baik sendiri pun mengata saya perasan artis buh gambar sendiri," ceritanya.

BERITA TRENDING: Jutawan Tudung Tak Lokek Beri Duit Raya RM10,000 Pada Mak, Siap Kira Depan-Depan: “Sampul Raya Paling Buruk Sekali Bagi…”

Biarpun dicop sampul raya paling buruk pada tahun ini, pengasas Bawal Exclusive itu tidak mudah melatah dan menganggap ia sebahagian daripada promosi jenamanya.
"Tahun ini viral dicap sampul raya paling buruk 2024 dan founder paling perasan. Berbagai lagi lontaran kata yang tak boleh disebut dibulan mulia.
"Apa pun terima kasih. Bagi saya pahala, apa saja yang saya buat jadi viral membantu menambahkan lagi sale syarikat tambah dapat marketing percuma," katanya.
Malah, Haliza berpegang pada prinsip tidak terlibat dengan promosi produk secara melampau dan bertentangan dengan agama Islam.
"Kalau anda seorang peniaga tak yakin dengan diri sendiri, bagaimana pelanggan nak yakin dengan produk anda?
"Asalkan tidak buat marketing terkinja-kinja dan lari dari ajaran agama, teruskan niat, pekakkan telinga, butakan mata dengan kata-kata manusia yang akhirnya Allah juga akan bagi balasannya," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Dikutuk Hidung Kembang, Jutawan Tudung Bidas Balik Netizen! - "Hey, Kalau Saya Nak Mancungkan Hidung Bila-Bila Masa Saja"

BERITA TRENDING: "Kalau Kasut Harga Puluhan Ribu Letak Di Kaki, Kenapa Bila Tudung Mahal Cakap Riyak?" - Haliza Maysuri

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live