Baru-baru ini kecoh tentang isu kanak-kanak bermain air dan mandi-manda di kawasan air pancut pusat beli belah The Exchange TRX.

Terkini, seorang individu di TikTok berkongsi hantaran memaparkan kawasan air pancut itu kini dalam proses penyelenggaraan walaupun belum mencecah tempoh seminggu beroperasi.

BERITA TRENDING: Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak...

“Jomlah hargai benda lebih-lebih lagi benda percuma. Anyways, boleh je main air, bilik mandi pun disediakan. Overall best! Air terjun tu tak pasti boleh mandi ke tak,” tulis individu itu di ruangan kapsyen.

@siapalin Kemon everyone, we can do better. Lets approciate things more lagi lagi bende free ?♥️ Anyways boleh je main air, bilik shower pun disediakan. Overall best!! Air terjun tu tak pasti leh mandi ke tak tapi kalau boleh trx mmg santaiii ~ #trxplayground #waterplay ♬ Ini Parah Ni - A Kiil Mustafa

Melihat kepada posting berkenaan, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir ibu bapa yang didakwa penyebab kepada berlakunya isu di kawasan air pancut tersebut.

“Macam mana diorang boleh fikir nak bagi anak mandi dekat kawasan kecil macam tu,”

“Masalah itu waterplay je, tapi terus jadi waterpark,”

“Waterpark dengan waterplay pun tak boleh beza, dengan mak bapak sekali berendam.”

Untuk info, The Exchange TRX telah dibuka secara rasmi pada 29 November lalu, di mana ia menawarkan pengalaman beli-belah unik menerusi 400 buah kedai.

Sumber: TikTok