Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kay Khydir Berehat Dari Dunia Lakonan Demi Single Terbaru.

Badrul Hashim
12/11/2018 02:07 MYT
Lama menunggu kehadiran single solo beliau, Bukan Bahagiaku. Bekas bintang Akademi Fantasia musim kesembilan, Kay Khydir mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada bidang lakonan untuk menumpukan perhatian kepada single solo beliau.

“Selepas keluar daripada AF dahulu, saya pernah menghasilkan single duet bersama abang saya, Diddy Hirdy. Tetapi rezeki saya lebih kepada bidang lakonan.

“Tawaran berlakon mencurah-curah menyebabkan saya ketepikan seketika cita-cita sebagai seorang penyanyi walaupun minat itu tidak pernah padam.” kata Kay.

“Akhir tahun lalu saya ambil keputusan untuk tumpukan kepada nyanyian dan berehat daripada lakonan. Lagu Bukan Bahagiaku ciptaan Azlan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Abie Abdullah sudah lama tersimpan, dan sudah tiba masanya untuk saya keluarkan.

“Alhamdulillah, di bawah pihak pengurusan yang baru, mereka menghasilkan klip video dan memulakan promosi untuk lagu ini.

Menurut Kay lagi, lagu berentak balada ini sangat timeless dan beliau sangat berharap akan mendapat sokongan daripada meminat-meminat muzik tanah air.



“Klip video lirik untuk lagu Bukan Bahagiaku sudah boleh ditonton di YouTube dan lagu ini sudah ada disemua platform digital,” katanya kepada Gempak.
#Kay Khydir