Kay Khydir Yakin Dengan Lagu Yang Disimpan 4 Tahun
Kamaruddin Razal
19/03/2019 21:03 MYT
19/03/2019 21:03 MYT
Bintang Akademi Fantasia 9, Kay Khydir yakin dengan single solo pertamanya, Bukan Bahagiaku biarpun lagu tersebut telah disimpan selama empat tahun.
Kay atau nama sebenarnya, Nur Khaidir Muhid mempunyai alasan tersendiri mengapa dia menyimpan lagu terbabit.
"Bukan Bahagiaku merupakan single yang dicipta oleh Azlan Abu Hassan dan Abie Abdullah. Sebenarnya, lagu ini sudah dirakamkan empat tahun lalu dan saya tidak melancarkannya pada waktu itu kerana sibuk dengan bidang lakonan.
"Walaupun sudah empat tahun, saya yakin dengan lagu ini... Pada awalnya, saya juga tertanya, adakah lagu ini relevan untuk pasaran muzik terkini?
"Saya juga bertanya kepada Azlan dan dia juga mengatakan yang lagu ini boleh dikeluarkan sekarang. Selepas mengambil kira beberapa pandangan, saya bersedia untuk muncul dengan Bukan Bahagiaku," kata Kay.
Tambah Kay, dia juga menghadkan aktiviti lakonan dan mahu memberi fokus kepada bidang nyanyian.
"Saya memang meminati bidang nyanyian tetapi rezeki dalam bidang lakonan datang terlebih dahulu. Saya tak mahu menolak tuah dan mencuba bidang lakonan tetapi bidang nyanyian tetap menjadi cinta pertama saya.
"Buat masa ini, selepas Bukan Bahagiaku dilancarkan, saya kurangkan mengambil tawaran lakonan dan mahu menumpukan perhatian kepada nyanyian. Saya percaya dengan SZ Entertainment dan LMA Talent House untuk mempromosikan lagu saya," katanya lagi.