Hiburan
Kayuh Basikal Bersama Harris Annuar, Bella Dally Buat 'Swab Test' - "Alhamdulillah Negatif ..."
Pelakon Bella Dally, 30, menyatakan dia sudah membuat ujian saringan Covid-19 selepas aktor Harris Annuar, 28, memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif.
Menurut Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, dia bersyukur kerana keputusan yang diterima adalah negatif.
Walaubagaimanapun, sebagai langkah keselamatan pelakon drama Adellea Sofea ini akan tetap melakukan kuarantin kendiri selama 10 hari.
"Ya saya dah buat ujian semua alhamdulillah negatif. Tapi tetap kena buat kuarantin diri selama 10 hari," katanya menerusi kiriman WhatsApp yang dihantar kepada Gempak.
Bella dan suami, Ariff Izuddin Mohd Radzali antara individu yang bersama-sama berbasikal dengan Harris pada hujung Disember lalu.
Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Instagram (IG) Harris menyatakan dia sedang menunggu panggilan rasmi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memohon maaf dengan kesulitan yang telah berlaku.
Must-Watch Video