Viral
Ke Tepi Baby Shima, Baby Erin & Baby Anju! Tak Perlu Nama Pentas, Wanita Ini Miliki Nama Sebenar Baby Girl Binti Ariffin
Kita kerap mendengar tentang nama unik dan pelik yang diberikan kepada anak-anak. Namun, mungkin ramai yang tidak menyangka jika panggilan ‘baby girl’ yang sering digunakan sebagai panggilan untuk yang wanita tersayang dipilih sebagai nama sebenar.
BERITA TRENDING: "Saya Rasa Comel, Kulit Cantik" - Demi Muafakat, Ini Sebab Iqbal Zulkefli Cari Anak Angkat Berbangsa India
Hal ini dikongsikan oleh seorang individu yang difahamkan sebagai penceramah sebuah majlis yang kebetulan bertemu dengan wanita tersebut.
Menerusi perkongsian yang dibuat, individu tersebut memaklumkan supaya mengguna nama sebenar, bukan nama samaran atau nama media sosial apabila bergelar usahawan kelak.
BERITA TRENDING: Niat Pukul Untuk Lumpuh, Bapa Tak Sengaja Buat Anak Maut
Namun, apa yang melucukan, penceramah tersebut terkesima apabila ada yang memperkenalkan diri sebagai Baby Girl Binti Ariffin.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberikan pendapat masing-masing mengenai isu berkenaan. Tidak kurang, ada juga yang berkongsi bahawa neneknya turut memiliki nama yang sangat unik.
Sumber: Twitter
Must-Watch Video