Keadaan Ayah Semakin Pulih, Sajat Akui Adik-Beradiknya Saling Bantu Membantu - “Saya Selalu Video Call…”
Izwan Isa
19/04/2022 22:50 MYT
19/04/2022 22:50 MYT
Umum mengetahui tentang keadaan kesihatan ayah pengusaha kosmetik popular, Nur Sajat yang dikhabarkan berada dalam keadaan kurang memberansangkan.
Hal tersebut disahkan sendiri oleh Sajat menerusi satu perkongsian di Instagram selepas adiknya, Mustika berkongsi mengenai berita tersebut di Instagram Story baru-baru ini.
Sungguhpun begitu, Sajat mengakui lega apabila keadaan ayahnya kini beransur pulih.
“Sebenarnya ayah saya telah jatuh sakit sejak dari minggu lepas, sebelum adik saya siarkan tentang hal itu di Instagram Story. Keadaan kesihatan ayah mula merosot kerana dia demam.
“Biasalah, orang tua dan sudah berumur. Namun, keadaannya kini sudah beransur pulih. Saya selalu buat panggilan video bertanya khabar… dapat lepas rindu. Saya bukannya tak nak balik, tapi keadaan tak mengizinkan.
“Sebagai anak, saya sudah pun mengirimkan wang kepada ayah untuk uruskan soal perubatan. Saya kan ada tujuh beradik, saya anak keempat. Jadi, enam beradik lain semua tengok ayah. Kita give and take,” katanya kepada Gempak.
Menurut Sajat, dia memang rindukan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Tambahnya, jika ada dalam kalangan keluarga serta sahabat yang ingin melawatnya di Australia, dia menerima dengan hati terbuka.
“Memang rindu tempat kita dilahirkan dan dibesarkan. Cuma saya tidak boleh pulang sekarang. Tapi saya, kalau sesiapa yang nak datang melawat saya di sini, saya ok sahaja. Sesiapa pun boleh datang melawat,” katanya.
Terdahulu, Sajat mencetuskan kontroversi apabila diburu oleh pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.
Semuanya gara-gara tindakannya yang gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Selepas itu pula, Sajat didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.
BACA: “Balik Pun Tak Dapat Tengok, ‘IDekat Dalam Nanti” - Netizen Sedih Sajat Tak Dapat Balik Lawat Bapa Sakit