Laman Utama

“Balik Pun Tak Dapat Tengok, I Dekat ‘Dalam’ Nanti” - Netizen Sedih Sajat Tak Dapat Balik Lawat Bapa Sakit!

gempak
Hanafis Haris
18/04/2022
00:03 MYT
Sponsor Banner
“Balik Pun Tak Dapat Tengok, I Dekat ‘Dalam’ Nanti” - Netizen Sedih Sajat Tak Dapat Balik Lawat Bapa Sakit!

Beberapa hari lalu, kesihatan bapa usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berada dalam keadaan tenat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik Nur Sajat, Mustika menerusi perkongsian di Instagram Storynya.

Malah, ia disahkan oleh Sajat sendiri dalam satu hantaran di Instagramnya bahawa kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.

Susulan itu, ramai yang bertanyakan sama ada Sajat akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi bapanya ataupun tidak.

Terbaru, Sajat tampil memperjelaskan segala persoalan berkenaan.

Menurutnya, dia memutuskan untuk tidak pulang ke Malaysia disebabkan beberapa faktor.

Jelasnya, dia ketika ini hanya mengambil pendekatan untuk memantau kesihatan bapanya dari semasa ke semasa.

“Saya tak balik, hanya tengok daripada sini je. Kalau saya balik pun tak boleh tengok.

“Sebab apa? Sebab i dekat ‘dalam’ nanti, sebab tu tak balik,” katanya.

Susulan daripada kenyataan itu, ramai yang bersimpati dengan nasib usahawan berkenaan.

Malah, kebanyakan netizen memohon supaya Sajat mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalahnya dengan pihak berkuasa Malaysia.

Terdahulu, Sajad mencetuskan kontroversi apabila diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.

Semuanya gara-gara tindakannya yang gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Selepas itu pula, Sajad didakwa didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live