Berita
"Keadaan Kesihatan Semakin Pulih" - Ini Penjelasan Fendy Bakry
Pelakon Fendy Bakry mengakui tahap kesihatannya semakin pulis selepas mengalami penyakit misteri sejak bulan Julai lalu.
Menurut Fendy, sehingga kini dia harus menjalani rawatan susulan yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.
"Alhamdulillah, kesihatan saya semakin pulih dan saya masih perlu mendapatkan rawatan susulan yang ditetapkan oleh pihak hospital.
"Mungkin dulu saya cuma menerima tawaran dalam tempoh yang singkat sahaja kerana tidak mampu untuk berada lama di lokasi penggambaran.
"Namun kini, Alhamdulillah saya sudah mula menerima tawaran untuk bekerja dalam tempoh yang panjang kerana keadaan kesihatan saya sudah mengizinkan.
"Bagi saya mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi dan saya redha menerima ujian itu dengan hati yang terbuka," katanya kepada Gempak.
Fendy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31), di PICC Putrajaya, baru-baru ini.
Fendy menerima anugerah Artis Baru Lelaki Popular di ABPBH 31.