Laman Utama

Keadaan Padang Stadium Bukit Jalil Disamakan Dengan Kuih Seri Muka

Maliah Surip
07/12/2023
13:54 MYT
Perlawanan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang dijadual berlangsung esok malam (Jumaat) berdepan kontroversi gara-gara keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang disifatkan rosak teruk selepas digunakan untuk membangun pentas konsert Coldplay dua minggu lalu.
Menerusi foto-foto yang tersebar di media sosial sejak lebih seminggu lalu keadaan rumput di padang Stadium Nasional masih rosak dengan sebahagian daripadanya bertampal.

BERITA TRENDING: Malaysia Road To Gold! Ini Merupakan Senarai Atlet Terkini & Skuasy Yang Akan Sertai Sukan Olimpik

Meski pihak Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) melarang media merakam keadaan terkini padang, namun menerusi foto yang tular hari ini memperlihatkan dua bahagian padang dilihat bertampal dan tidak rata terutama di bahagian tengah padang dan belakang padang di sebelah kanan dari arah tempat duduk kenamaan.
Keadaan padang mendapat kritikan dalam kalangan peminat bola sepak selepas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi gambar padang yang rosak dan prihatin mengenai kualiti aksi final yang akan berlangsung.
Selain dikritik teruk, ada dalam kalangan netizen tidak ketinggalan membuat troll atau mempersenda keadaan terkini padang Stadium Nasional tidak ubah seperti Kuih Seri Muka.
“Stadium Bukit Jalil sudah boleh masuk Malaysia Book of Record.
“Buat Kuih Seri Muka terbesar di Malaysia,” tulis pengguna Facebook dengan pengenalan nama Syahril. A Kadir.
Terdahulu rumput SNBJ ditukar daripada rumput Cow Grass kepada Zeon Zoysia apabila Tunku Ismail menjadi pencetus dan penaja utama kepada penukaran rumput itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Sukan Olimpik Paris 2024: Senarai Atlet Malaysia, Jadual, dan Info Siaran Langsung (Live Streaming)

gempak
26/07/2024
10:06 MYT
Sukan Olimpik Paris 2024: Senarai Atlet Malaysia, Jadual, dan Info Siaran Langsung (Live Streaming). Malaysia akan menyertai temasya Sukan Olimpik Paris 2024
Berita

Konsep Moden & Santai, Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024 Tampil Kelainan

gempak
25/07/2024
08:25 MYT
Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024 menampilkan kelainan dan keunikan tersendiri menerusi konsep rekaan mesra atlet.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Sukan

"Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pelumba Motosikal Negara" - M8 Pushbike, ZK Racing Anjur Pertandingan Pocketbike

gempak
21/07/2024
11:57 MYT
M8 Pushbike dan ZK Racing bakal bekerjasama mengadakan perlumbaan pocketbike berskala besar yang akan diumumkan kelak sebagai langkah mula meneruskan kesinambungan sukan dua roda ke arah permotoran.
Sukan

Pengusaha Restoran Paris Dakwa Rugi Akibat Sukan Olimpik

gempak
21/07/2024
03:50 MYT
Pengusaha restoran di Paris merungut mengenai penurunan pengunjung berhubung penganjuran Sukan Olimpik 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).