Jawatankuasa Road to Gold (RTG) telah pun bermesyuarat buat kali ketiga sejak program itu ditubuhkan pada Mac tahun ini.

Jawantankuasa RTG dipengerusikan bersama Menteri Belia & Sukan YB Hannah Heoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria.

Mesyuarat telah dihadiri oleh ahli JawantanKuasa RTG, termasuklah Chef de Mission Olimpik Paris Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang menyertai secara online.

Dalam mesyuarat tersebut, jawatankuasa RTG membincangkan beberapa agenda iaitu:

1. Perbelanjaan semasa program RTG.
2. Kemajuan dan status atlet RTG sedia ada.
3. Pencalonan atlet yang berjaya meraih emas untuk Malaysia di Sukan Asia
Hangzhou baru-baru ini.
4. Atlet yang telah pun layak ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan; dan
5. Kemasukan skuasy ke Sukan Olimpik LA 2028.

Selepas membuat pertimbangan, jawatankuasa RTG telah memutuskan untuk mengeluarkan pasangan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai dan pasukan hoki lelaki negara daripada program itu.

Prestasi Tan Kian Meng-Lai Pei Jing telah sejak kelayakan Olimpik bermula Mei lalu menyaksikan mereka jatuh kepada posisi ke-23 senarai kelayakan Olimpik.

Manakala Soon Huat-Shevon pula telah jatuh kepada posisi ke-17 pada senarai kelayakan Olimpik yang sama.

Sekiranya kedua pasangan ini mengubah nasib mereka sama ada menjadikannya sebagai beregu pasangan terbaik negara dalam kelompok lapan teratas atau layak sebagai pasangan beregu Malaysia dengan kedudukan tertinggi dalam 16 teratas ranking Race To Paris, jawatankuasa akan menyemak keputusan semula mengenai kemasukan mereka.

Pasukan hoki lelaki negara juga akan disingkirkan daripada program itu selepas mereka gagal memenangi pingat emas Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, yang merupakan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan kesannya kini mereka tercicir ke ranking ke-12 dunia.

Jawatankuasa RTG bersetuju untuk memasukkan semula pasukan hoki lelaki ke dalam program sekiranya mereka layak ke Sukan Olimpik Paris pada kelayakan Olimpik seterusnya iaitu di Muscat, Oman (15-21 Januari 2024) atau di Valencia, Sepanyol(13-21 Januari 2024) tahun depan.

Kemasukan Atlet Baharu ke dalam RTG
Sementara itu terdapat beberapa kemasukan baharu dalam RTG, berikut merupakan senarai atlet yang berjaya:

#Mohamad Aniq Kasdan (61KG)

Aniq telah dimasukkan ke dalam senarai atlet RTG untuk Sukan Olimpik Paris. Aniq kini berada di kedudukan ke-10 dalam ranking Olimpik yang merupakan sebahagian daripada kriteria RTG dan hanya berusia 21 tahun pada masa ini.

Dengan sokongan yang betul, Aniq mempunyai potensi besar untuk meningkatkan prestasi Personal Best iaitu 291kg kurang 3kg dengan pencapaian pemenang pingat gangsa Olimpik 2020 iaitu 294 kg.


#Nur Shazrin Latif

Pemenang Pingat Emas Sukan Asia 2022, Nur Shazrin akan menerima kenaikan elaun untuk pingat emasnya di Sukan Asia dan juga menerima insentif tambahan untuk kelayakannya ke Sukan Olimpik melalui Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO).

Beliau akan terus disokong sepenuhnya oleh Program Podium yang menerima penginapan, makanan, perlindungan kos pertandingan, peralatan, pemakanan dan juga perkhidmatan perubatan & sains sukan daripada MSN dan ISN.


#Qabil Ambak

Penunggang Ekuestrian Negara, Qabil Ambak memaklumkan bahawa beliau tidak akan bertanding di Sukan Olimpik Paris selepas terlepas beberapa acara kelayakan sebelum ini.

Bagaimanapun dia akan tetap disokong oleh MSN jika diperlukan.


#Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik

Arif yang merupakan atlet Karate (Kumite Lelaki Bawah 85kg) tidak termasuk dalam RTG kerana Karate bukan sebahagian daripada Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, elaun bulanan Arif di bawah Program Podium akan dinaikkan selepas kemenangannya di Sukan Asia 2022 dan akan terus menerima semua latihan, pertandingan dan sokongan sains sukan dan perubatan seperti yang disediakan oleh MSN dan ISN setakat ini.


Atlet yang telah layak ke Olimpik Paris
Di bawah ialah senarai atlet yang juga layak ke Sukan Olimpik Paris:


#Penerjun Kebangsaan - Bertrand Rhodict Lises

Bertrand akan menerima kenaikan elaunnya dengan prestasi pingat Gangsa di Sukan Asia dan juga layak menerima elaun tambahan melalui Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO).

Memandangkan umurnya yang masih muda iaitu 18 tahun dan potensi yang telah ditunjukkannya, MSN akan bekerjasama rapat dengan Pasukan Penerjun untuk meneliti program khusus untuk Bertrand dan akan dipertimbangkan untuk RTG dalam masa yang ditetapkan.


#Penembak Negara - Johnathan Wong


Johnathan juga akan menerima elaun Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) tambahan daripada MSN sehingga Sukan Olimpik Paris dan akan terus menerima sokongan penuh daripada MSN dan ISN di bawah Program Podium.

Walaupun atlet ini tidak termasuk dalam Program RTG buat masa ini, MSN akan memastikan mereka mendapat sokongan penuh melalui Program Podium sehingga Sukan Olimpik tahun depan.


Kontinjen Skuasy Kebangsaan dan Kemasukan ke program RTG untuk Sukan Olimpik 2028
Dalam pada itu, Pengumuman Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 16 Oktober 2023 mengenai kemasukan Skuasy untuk Sukan Olimpik Los Angeles 2028 merupakan berita gembira selepas pencapaian kontinjen negara yang memenangi tiga pingat emas di Sukan Asia.

Jawatankuasa itu telah meminta Ahli Jawatankuasa RTG dan Timbalan Chef De Mission Sukan Olimpik Paris Datuk Nicol Ann David untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan untuk membangunkan pelan strategik dan kolektif untuk kemasukan skuasy ke dalam fokus program RTG pada LA 2028.

PILIHAN PEMBACA: Battleground Malaysia: Road To Gold Antara Usaha KBS Untuk Meraih Pingat Emas Olimpik


Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini mengumumkan pembentukan pasukan projek Road to Gold dengan objektif untuk menyelaras usaha negara bagi meraih pingat emas di Sukan Olimpik.

Antaranya Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan yang diperkasakan menerusi program Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.

PILIHAN PEMBACA: BTGMY: Kay, Pasukan Danny Dinobat Juara Battleground Malaysia: Road To Gold


Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) anjuran Astro, pertandingan tarian jalanan terbesar di Malaysia.