"Keadaan Semakin Baik & Sekarang Tengah Berpantang" - Sari Yanti

Rozaimi Zubaidi
Februari 20, 2019 05:14 MYT
Pelakon Sari Yanti mengakui bersyukur apabila ramai orang memberikan kata-kata semangat kepada dirinya selepas menjalani pembedahan Isnin lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sari berkongsi keadaan terkini kepada pengikutnya yang risau dengan kesihatan dirinya.
"Assalamualaikum dan selamat pagi. Kakak nak ucap kan terima kasih atas kiriman doa doa yang baik dan kata kata semangat buat kakak dan keluarga.
"Kakak doakan kebaikan untuk semua juga. Amin Ya Allah.
"Keadaan kakak semakin baik dan sekarang tengah berpantang. Lain-lain semua ok kecuali Dariya tak mau minum dari botol balik," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar Sari mendapat rehat yang cukup dan mendoakan kesihatannya.
Sari telah menjalani pembedahan Isnin lalu selepas anak kedua yang berada dalam kandungan tidak bergerak lagi.
Sari Yanti dan suaminya pelawak Jep Sepahtu telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak bernama Dariya Inara.
#pelakon #Sari Yanti #Pelakon