Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.

Lebih menyeronokkan, acara yang bakal berlangsung pada 27 April 2024 (Sabtu) pada pukul 2 petang itu akan dihoskan oleh Keanu Azman!

Tidak sekadar senarai itu, Hello NU Sentral akan turut disertai Meerqeen, Mierul Aiman, Fasha Sandha, Malek McCrone, Qasrina Karim, Emma Maembong, Shaheizy Sam, Mimi Lana, Erysha Emyra, Hisyam Hamid, Amyra Rosli dan ramai lagi.

BERITA TRENDING: Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!




Meerqeen akan hadir bagi mempromosikan dua drama terbarunya Bersama Mimi Lana, Astro Originals, Framed dan Erysha Emyra, Cinta Untuk Sekali Lagi di slot Megadrama Astro.

Manakala Hisyam Hamid dan Amyra Rosli bakal berganding di dalam drama terbaru di slot TIARA, Bunga Salju. Ini merupakan penampilan pertama mereka di acara bertemu peminat sebelum drama ini disiarkan.

Lebih istimewa, pengunjung yang hadir juga akan dihiburkan dengan tambahan persembahan hebat daripada Nikki Palikat & Afif Tirmizie, Liza Hanim dan menampikan persembahan ekslusif OST daripada Astro Originals, Framed yang akan di nyanyikan oleh Nadeera Zaini.

Temui mereka semua pada esok, 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.

Bagi pelanggan Astro Rewards, mereka boleh redeem di aplikasi My Astro App bermula 09 April hingga 24 April dan untuk keterangan lanjut muat turun My Astro App.

Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘HELLO NU Sentral’, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.

PILIHAN PEMBACA: Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!