,
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

Maliah Surip
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Bintang The Matrix tersebut diketahui telah kehilangan kekasih, anak yang dikandung dan sahabat baiknya.
Berdepan dengan banyak kehilangan dalam hidup membuat dirinya selalu ingat mati.
“Saya sudah 59 tahun dan kerap berfikir tentang kematian,” kata Reeves seperti dilaporkan BBC News.

BERITA TRENDING: Tular 'Keanu Reeves' Jual Sotong Kering, Cuci Pinggan Di Thailand, Netizen Kata Sudah Bersara Jadi Aktor

BERITA TRENDING: Ben & Jody: Yayan Ruhian Umur 53 Tahun Pun Action Scene Masih Power, Pernah Berlakon Bersama Keanu Reeves

BERITA TRENDING: Keanu Reeves akan Berkencan Daring selama 15 Menit

BERITA TRENDING: Akhirnya...Keanu Reeves Miliki Teman Wanita Pada Usia 55 Tahun!

Menurut Reeves yang sedang mempromosikan novel pertamanya, The Book of Elsewhere yang ditulis bersama penulis sains fiksyen British, China Miéville, dia meminta agar semua orang menghargai kehidupan.
“Saya harap ia sesuatu yang membuat kita semua menghargai hidup. Menghargai udara yang disedut dan hubungan yang pernah ada serta bakal dilalui sesama kita,” katanya lagi.
Selama ini Reeves dikenali sebagai bintang Hollywood yang berhati murni bukan hanya terhadap keluarga dan orang dalam industri tetapi juga sesama manusia.
Sikap budiman dan rendah diri yang ditonjolkan Reeves membuat dirinya menjadi kesayangan ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Liam Payne Dituduh Terlalu Obses, Bekas Tunang Minta Berhenti Ganggu

gempak
16/10/2024
15:00 MYT
Bekas tunang kepada Liam Payne, Maya Henry mendedahkan lelaki tersebut bersikap terlalu obses, sering menganggu dan kurang menyenangkan selepas hubungan mereka terlerai.
Hiburan

Anak Bocor Rahsia, Kim Kardashian Kali Terakhir Memasak Tahun 2022

gempak
14/10/2024
13:50 MYT
Anak Kim Kardashian, North West mendedahkan ibunya memasak untuk keluarga mereka sekitar dua tahun lalu.
Viral

"Bunuh Anjing Tak Boleh Ubah Keadaan" - Ramai Berang, Anjing Liar Nama Kopi M*ti Ditembak

gempak
13/10/2024
09:30 MYT
Pengguna media sosial meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menembak mati seekor anjing liar sebagaimana yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Viral

Ada Hampir Gila! Lelaki Kongsi Pancaroba Hidup Selepas Bercerai - "Dua Tahun Saya Tidur Lampu Menyala"

gempak
10/10/2024
11:55 MYT
Kebanyakan pasangan yang bercerai, lazimnya pihak lelaki lebih memilih untuk berdiam diri berbanding wanita.
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
BorakSeeni