Penyanyi Kaka Azraff muncul dengan single terbarunya yang berjudul Diamonds.
Menurut Kaka, Diamonds merupakan sebuah lagu yang amat bermakna dan istimewa buat dirinya.
“Lagu ini agak personal untuk saya, rasa dekat dengan saya sebab melambangkan perjalanan baru saya dalam hidup.
“Lagu ini menceritakan kebahagian itu bukan terletaknya kepada harta atau pun berlian, sebaliknya kegembiraan yang ada pada diri kita sekarang ini.
“Diamonds juga boleh dikaitkan dengan perjalanan hidup, sewaktu kita dah lalui bermacam dugaan dan bertemu dengan sesuatu yang berharga dalam hidup,” katanya ketika ditemui Gempak.
Tambah Kaka lagi, lagu tersebut juga merupakan hadiah buat peminatnya.
“Tak lama lagi saya akan melahirkan anak sulung saya… Jadi saya hadiahkan lagu ini kepada peminat sebelum saya mengambi cuti untuk berpantang.
“Sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong dan bersama saya sejak dari mula berada dalam industri,” ujarnya.
Diamonds yang merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer dan penyanyi Alif ini telah pun dilancarkan pada 13 September lalu manakala video muzik rasmi lagu tersebt sudah boleh ditonton di YouTube Warner Music Malaysia.
Single ini juga boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Sportify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.
Mya Amri
Thu Oct 03 2019


Lama Menyepi, Azhar Osman Kembali Mewarnai Industri...Ada Single Baru!
Bertahun lamanya tidak mendengar berita pelakon dan penyanyi, Azhar Osman, akhirnya dia kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharunya berjudul Ternyata.

Prilly Latuconsina Ingat Tuhan saat Berpuasa Ditengah Pandemi

“Saya Pernah Terguris Di Pentas Komedi” – Danial Zaini
Berkat sabar akhirnya Danial berjaya.

Hargai Jasa Ibu Bapa, Eyra Hazali Hadiahkan Sebuah Kereta - "Siapa Sangka, Rezeki Melimpah Ruah Pada Awal Tahun ..."
Selalu tertanya-tanya bila la dapat belikan mummy and ayah kereta yang lebih selesa.

Mazda Perkenalkan Edisi Terhad MX-5 Sport Venture
Penambaikan kosmetik yang diberikan sekurang-kurangnya membuatkan ia kelihatan lebih menonjol berbanding versi standard.

“Jumpa #GegarLawak Pastu Jodoh…Walaupun Arwah Abah Tak Dapat Tengok Korang, Tapi…” – Achey Gembira Tasha dan Abe Kini Bergelar Suami Isteri
Diam-diam je Tasha & Abe ni ya...Apapun tahniah dari kami...

“Kejap Aku Menangis, Kejap Tersengih” - Hands Down! Ini Episod Paling Sedih & Sweet Projek: Anchor SPM
Tapi ending dia…

Ramadan Kembali Dengan Lebih Warna, Solat Tarawih & Bazar Ramadan Dibenarkan, SOP Jangan Lupa Ya!
Ramadan kali ini mungkin menambah lebih keceriaan kepada umat Islam di Malaysia kerana pihak kerajaan memberi sedikit kelonggaran.

UCAPAN SALAM LEMBARAN BAHARU
Jom hantar ucapan AIDILFITRI anda melalui SALAM LEMBARAN BAHARU

Ditegur Berniqab Tetapi Masih Rancak Berfesyen, Adzrin Adzhar; "Saya Fashionable Dari Dulu, Niqab Bukan Halangan Untuk ..."
Kalau belum ready jangan berniqab.