Kebakaran Hutan Amazon, Leonardo DiCaprio Derma RM21 Juta!
Kebakaran Hutan Amazon, Leonardo DiCaprio Derma RM21 Juta!
Azwa Rahman
Tue Aug 27 2019
Aktor popular Hollywood Leonardo DiCaprio mendermakan wang berjumlah AS$5juta (RM21 juta) kepada Amazon Forest Fund.
DiCaprio menerusi badan kebajikannya, Earth Alliance mengumumkan sumbangan itu untuk memelihara dan memulihara hutan Amazon yang terbakar minggu lalu.
Menerusi akaun Instagram miliknya, DiCaprio turut memuat naik sekeping foto kebakaran hutan yang meruntun hati.
“Sungguh menakutkan untuk memikirkan Amazon adalah hutan hujan terbesar planet ini, yang memberikan 20 peratus oksigen di bumi.
“Pada dasarnya inilah paru-paru dunia, telah terbakar dan masih terbakar dalam masa 16 hari tanpa ada sebarang liputan media. Kenapa?" ujarnya sebagai kapsyen.