Hiburan

“Kebanyakan Cakap Mental Kena Kuat, Tolong Doakan Saya” - Elizad Gementar, Mula Jalani Proses IVF

gempak
Mya Amri
17/02/2020
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Kebanyakan Cakap Mental Kena Kuat, Tolong Doakan Saya” - Elizad Gementar, Mula Jalani Proses IVF
Pelakon Siti Elizad Sharifuddin telah pun memulakan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Elizad berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Elizad, dia berasa gementar dan gembira namun dalam masa yang sama berharap peminat dapat mendoakan dirinya.
“Sekarang saya dalam proses IVF. Hari pertama consultation session. Teruja, gementar, gembira, semua ada.
“Terima kasih untuk korang yang tak henti-henti doa, komen, DM, WhatsApp sampai hari ini, sangat-sangat saya hargai.
“Saya rasa sangat terharu. Kebanyakan komen cakap ‘mental kena kuat masa lalui proses IVF ni’. Kita manusia biasa sudah tentu letak harapan yang tinggi.
“Tapi doakan ya. Sejujurnya mana-mana yang senasib seperti saya, tolong berjumpa doktor sebab kita tidak tahu, doa, usaha, tawakal,” tulisnya.
Salam & Selamat pagi kesayanganku semua . I would like to share my journey with all of you . Sekarang saya dlm proses IVF . Day 1 consultation session . Exited , nervous , happy , semua ada . Thank U utk korang yg tak henti2 doa , komen , Dm , wassap sampai hari ni , sgt2 saya hargai ?? . Im so touched . Most of the comments ckp “ mental kena kuat masa lalui proses IVF ni “ . Kita manusia biasa & of course letak harapan yg tinggi . But doakan ya . And honestly, mana2 yg senasib seperti saya , pls come forward and berjumpa Doctor , coz we never know , doa , usaha , tawakal . Btw terima kasih Dr Azlin , Dr Michelle , Dr Siti , Dr Salleha & the rest of the team . Very friendly & supportive ❤️ . To those yg nak cuba rawatan IVF boleh sama2 disini @sophea_fertility 0376228622 P/s : Doctor pesan suruh happy2 & positive selalu ! #elizadivfjourney #ivf ?
A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata positif dan semangat kepadanya.
“Insya-Allah semoga dipermudahkan segala urusan k. Ejad @elizadsharifuddin. Jangan buat kerja berat-berat tau,” komen @syafiqahhadi212
“Semoga dipermudahkam semua untuk Ejad. Semoga Allah rezekikan zuriat buat Ejad asbab usaha Ejad buat IVF ni, terus kuat ok,” tulis @enamokhtar1
BACA: Tinggal Sebelah Lagi Ovari...Siti Elizad Buat Rawatan IVF Tahun Ini, Harap Dapat Cahaya Mata
Sebelum ini, Elizad seringkali menitiskan air mata apabila soal zuriat diutarakan kepadanya.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live