Hiburan
“Kebanyakan Cakap Mental Kena Kuat, Tolong Doakan Saya” - Elizad Gementar, Mula Jalani Proses IVF
Pelakon Siti Elizad Sharifuddin telah pun memulakan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Elizad berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Elizad, dia berasa gementar dan gembira namun dalam masa yang sama berharap peminat dapat mendoakan dirinya.
“Sekarang saya dalam proses IVF. Hari pertama consultation session. Teruja, gementar, gembira, semua ada.
“Terima kasih untuk korang yang tak henti-henti doa, komen, DM, WhatsApp sampai hari ini, sangat-sangat saya hargai.
“Saya rasa sangat terharu. Kebanyakan komen cakap ‘mental kena kuat masa lalui proses IVF ni’. Kita manusia biasa sudah tentu letak harapan yang tinggi.
“Tapi doakan ya. Sejujurnya mana-mana yang senasib seperti saya, tolong berjumpa doktor sebab kita tidak tahu, doa, usaha, tawakal,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata positif dan semangat kepadanya.
“Insya-Allah semoga dipermudahkan segala urusan k. Ejad @elizadsharifuddin. Jangan buat kerja berat-berat tau,” komen @syafiqahhadi212
“Semoga dipermudahkam semua untuk Ejad. Semoga Allah rezekikan zuriat buat Ejad asbab usaha Ejad buat IVF ni, terus kuat ok,” tulis @enamokhtar1
Sebelum ini, Elizad seringkali menitiskan air mata apabila soal zuriat diutarakan kepadanya.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.