Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Kebanyakannya Berlagak!" - Rita Rudaini Nasihat Pelakon Baru Yang Sombong!

Asraf Aided 05/02/2021 | 11:45 MYT
Aktres popular, Rita Rudaini berkongsi nasihat kepada pendatang baru dalam bidang lakonan.
Menurut Rita, dia sering melihat beberapa pelakon baru tidak bertegur sapa dan kelihatan sombong ketika datang bekerja.
Justeru, untuk menjadi pelakon yang profesional dan bertahan lama, perkara sebegitu haruslah dihentikan.
"Antara nasihat yang boleh saya kongsi kepada pelakon-pelakon baru, jangan sombong di set penggambaran.
"Terus terang saya katakan, kebanyakan yang saya lihat sangat berlagak, tak bertegur sapa pun dengan orang lain," katanya kepada Gempak.
Tambah Rita, seseorang pelakon baru haruslah mesra dan perkenalkan diri kepada orang lain di set peggambaran.
"Sebagai pelakon baru, kenalah ramah dan perkenalkan diri kepada orang lain.
"Pada masa yang sama, kena banyak bertanya juga supaya dapat fahami watak, ia akan memudahkan proses lakonan bukan sahaja untuk diri mereka, malah ia boleh memudahkan urusan seluruh produksi," katanya lagi.
Tegas Rita, dia hanya berkongsi nasihat tanpa rasa iri hati.
"Mungkin ada yang beranggapan apabila pelakon lama tegur sebegini mungkin sebab kami dengki dan sebagainya, tidak sama sekali, ini hanya satu nasihat buat mereka," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Rita kini tampil dalam filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Kerana Korona.
Filem ini sudah mula menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) sejak 21 Januari lalu.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#pelakon #Rita Rudaini #Nasihat
;