Laman Utama

"Kecewa Tak Buat Kita Maju, Cari Kelebihan Diri Untuk..." - Uyaina Arshad Kongsi Kata-Kata Semangat Harungi PKP

gempak
Asraf Aided
21/06/2021
07:20 MYT
Sponsor Banner
"Kecewa Tak Buat Kita Maju, Cari Kelebihan Diri Untuk..." - Uyaina Arshad Kongsi Kata-Kata Semangat Harungi PKP
Pelakon Uyaina Arshad berpendapat kekuatan mental sangat diperlukan dalam mengharungi pelbagai cabaran ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut bintang utama drama Love Elsa ini, perasaan kecewa sahaja tidak boleh membuatkan seseorang itu maju kehadapan.
"Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP memang memberi kesan kepada orang ramai, begitu juga anak seni, banyak juga kerja-kerja saya yang tertunda.
"Betul, kita terkesan, tapi rasa kecewa sahaja tidak boleh membuatkan kita maju ke depan, jadi bagi saya, kita harus mempunyai kekuatan mental dalam berhadapan ujian ini," katanya.
Tambah Uyaina, seseorang harus mencari kelebihan diri untuk terus mencari rezeki meneruskan hidup.
"Setelah berhadapan detik sukar ini, lebih baik kita cari kelebihan diri untuk buat apa demi mencari rezeki, dari situ, Insya-Allah kita dapat meneruskan kehidupan," katanya lagi.
Love Elsa lakonan Uyaina turut menampilkan Zul Ariffin, Riz Amin, Mona Allen, Ramona Zam Zam dan ramai lagi.
Drama arahan Michael Ang ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro Ria menerusi slot Megadrama.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live