Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kecoh 29 Ekor Ular Sawa Termasuk Induk Keluar Dari Longkang Restoran Di Shah Alam

Gempak
08/08/2024 07:48 MYT
Gempar apabila kira-kira 29 ekor ular sawa termasuk induknya keluar dari saluran sebuah longkang, berhampiran sebuah restoran mamak di Seksyen 20, Shah Alam, malam Rabu.

28 anak ular

Dikatakan 28 anak ular sepanjang 0.5 meter tersebut baharu sahaja menetas manakala induknya adalah sepanjang dua meter.

Memetik laporan KOSMO! menerusi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Nazmi Halil berkata,
ular- ular tersebut baharu ingin keluar daripada sarangnya di saluran tersebut.

“Kita menggunakan penjerut bagi operasi menangkap ular sawa tersebut yang mengambil masa selama 12 minit.

"Kita percaya sebanyak 28 ekor ular tersebut baharu sahaja menetas,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya sebelum ini pernah menangkap sekitar 26 ekor ular sama di lokaliti tersebut sebelum ini.

BERITA TRENDING: Influencer Dedah Suami Paksa Tidur & Mandi Bersama

BERITA TRENDING: Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Video

BERITA TRENDING: Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

BERITA TRENDING: Syedot Asmr Mohon Maaf Tapi ‘Off Komen’, Liana Beep


Justeru, Ahmad Nazmi tidak menolak kemungkinan saluran longkang tersebut adalah sarang kepada ular-ular untuk bertelur.

“Kesemua ular tersebut kemudianya dilepaskan di tempat yang selamat,” katanya.

#Keluar #Ular Sawa #Longkang #ekor #induk