Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
Firdaus
06/08/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).

Tujukan Kepada Rakan Lama?

Menerusi entri tersebut, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya berasa ralat dengan tindakan seorang individu yang ‘hilang’ dari sisinya bila sudah mencapai kejayaan.

“Waktu susah kau cari aku,

Waktu senang engkau tinggalkan aku,
Begitulah sikapmu yang tak tahu kenang budi,” bait lirik yang dikongsikan Mamat.

BERITA TRENDING:“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

BERITA TRENDING:Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"

​BERITA TRENDING:Viral Kenangan Cikgu Anep Tengok Sepahtu Reunion Dengan Arwah Bapa, Jep & Rahim Tersentuh

​BERITA TRENDING:“Secara Peribadi Saya Nak Satukan Semula Tapi…” - Mamat Sepah Rindu Nak Duduk Semeja Dengan Jep & Shuib

Sementara itu, pelawak Shuib dilihat turut memuat naik posting dengan hanya menulis ‘A Plus’ menerusi IG Storynya.
Sekadar info, baru-baru ini seorang pelawak yang juga merupakan kumpulan Sepahtu memuat naik hantaran menzahirkan rasa kurang senang apabila namanya ‘ditunggang’ dalam sebuah sesi podcast.
Pelawak berkenaan juga menyatakan cerita yang dikongsikan tentang dirinya semasa sesi podcast yang diadakan oleh Shuib dan Mamat ditokok tambah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024