Tular di media sosial paparan skrin komen seorang pengguna bernama @ashiraaziz__ yang mengkritik tindakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi gambar makanan di Instagramnya baru-baru ini.

Tulis pengguna berkenaan; "Sepatutnya gambar mihun macam ni di Instagram Story sahaja tak perlu di feed kerana boleh menjejaskan IG TokTi."

Tidak berdiam diri, Siti tampil membalas komen berkenaan berhubung gambar yang sebenarnya masakan udang goreng mentega.

"@segiseriofficial adalah pihak yang bekerjasama dengan saya untuk majlis kami. Peranan saya bukan menyanyi saja tetapi saya adalah komuniti masyarakat yang mahu membantu orang lain juga. Win-win.

"Setiap orang ada cara masing-masing," jawab Siti.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Justeru, ramai yang mengkritik tindakan pemilik Instagram itu yang sewenang-wenangnya tampil menulis komen sedemikian.

Ekoran daripada nama pemilik akaun yang sama dengan penyanyi Ashira Aziz, tidak semena-mena ada yang mengaitkan pula dengan pelantun lagu Di Ombak Resah itu.

Jelas bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Ashira Aziz menerusi Instagramnya, dia bukanlah pemilik akaun yang menulis komen berkenaan.

Tambah pula pada hari kejadian Ashira terbabit dengan rakaman GV Raya di Putrajaya.

"Gara-gara nama ni komen dekat post Siti, saya yang kena. Bukan saya Ya Allah.

"Saya tak tahu apa-apa cerita, semalam satu hari sibuk dengan rakaman GV Raya.

"Tiba-tiba hari ini orang sebut-sebut DM bagitahu saya. Allah, apa salah saya," jelasnya.



Rupa-rupanya akaun tersebut hanya akaun palsu dan sekadar menggunakan nama mirip bintang GV7 itu untuk menulis teguran di Instagram Siti.