Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kecoh Dituduh Tak Berpantang, Emma Maembong Kurangkan Kongsi Aktiviti Di Media Sosial - "Saya Tak Nak Ganggu Ketenteraman Orang Lain"

Asyikin Mayudin
13/07/2023 07:50 MYT
Gara-gara pernah dikecam disebabkan tak berpantang selepas bersalin, pelakon Emma Maembong mengambil langkah untuk tidak lagi terlalu aktif berkongsi aktiviti harian di laman sosial.

Menganggap netizen mengambil berat tentang dirinya, Emma berkata dia memilih untuk perlahankan perkongsian di laman sosial kerana tidak mahu menganggu ketenteraman orang lain.

“Sejak kebelakangan ini, banyak cerita mengenai saya selepas bersalin… benda viral yang saya tak nak pun. Saya bukan nak cipta sesuatu yang viral.

“Jadi, kalau dengan post aktiviti harian saya buatkan ramai Malaysia atau netizen tak senang sehingga jadi viral, saya tak nak cipta benda yang kontroversi dan viral.

“Sebab itu saya dah jarang aktif di laman sosial… saya tak nak ganggu ketenteraman orang lain. Kang kalau saya post nanti, orang macam ‘Emma kenapa you dah kerja, anak masih kecil’.

“Mungkin mereka sayang dan ambil berat fasal saya, sebab itu benda jadi viral. Jadi saya, cuba untuk perlahankan perkongsian di laman sosial,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, kakak kepada aktres Chacha Maembong itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dikatakan tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak kedua, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu.

Dia dilihat selamba duduk bersila dan mendukung anak lelakinya, Shariq Gabriel, 3, semasa berlangsungnya sebuah majlis aqiqah yang diadakan hanya beberapa hari selepas selamat bersalin secara normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Tak Berpantang Hingga Jatuh Peranakan, Emma Maembong Tampil Jelaskan- "Saya Dah Biasa Kerja & Aktif

ARTIKEL BERKAITAN: "Seriaulah Tengok Dia Dukung Abang, Siap Bersila"- Baru 3 Hari Bersalin, Netizen Bimbang Tengok Emma Maembong Dalam Pantang


#Viral #Emma Maembong #Netizen #Emma
;