Laman Utama

"Seriaulah Tengok Dia Dukung Abang, Siap Bersila"- Baru 3 Hari Bersalin, Netizen Bimbang Tengok Emma Maembong Dalam Pantang

gempak
Syafiqah Jalal
13/05/2023
04:45 MYT
Sponsor Banner
"Seriaulah Tengok Dia Dukung Abang, Siap Bersila"- Baru 3 Hari Bersalin, Netizen Bimbang Tengok Emma Maembong Dalam Pantang
Aksi pelakon Emma Maembong mendukung anak pertamanya, Shariq Gabriel, 2, selepas baru tiga hari bersalin telah mengundang kebimbangan di kalangan netizen.
Emma yang ketika majlis akikah serta cukur jambul anaknya kelmarin dilihat bukan sahaja bersahaja mendukung anaknya itu malah telah meriba dan bersila putranya.
Rata-rata netizen bimbang dengan keadaan Emma yang baru sahaja bersalin dan masih dalam pantang.
"Adui ngilulah rasa perut lepas bersalin," komen salah seorang pengikutnya.
"Eh kenapa dukung si abang, baru lagi tu...siap bersila dan beriba...," tanya seorang warga maya.
"Macam tak bersalin je macam tak dalam pantang," kecam seorang netizen.
Video sepanjang acara itu dimuat naik oleh suaminya, Shazli Azhar ke akaun Instagram peribadinya.
Terdahulu, Emma selamat melahirkan bayi lelaki keduanya yang berat 3.4 kilogram itu secara normal di sebuah pusat perubatan pada Rabu.
Dalam pada itu, ramai yang menasihati Emma supaya menjaga dirinya ketika dalam pantang.
"Kalau boleh elakkan dukung anak atau angkat berat lepas bersalin," nasihat seorang netizen.
"Emma makan apa sihat betul," puji seorang warga net.
"Alah-alah netizen...ikut la badan dia. badan orang lain," tegur seorang pengikut laman sosial.
Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live