Laman Utama

Kecoh Instagram Blackout, Judika Baru Sedar Diri Disayangi & Dihargai: “Saya Tidak Ada Niat…”

gempak
Maliah Surip
18/07/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
Kecoh Instagram Blackout, Judika Baru Sedar Diri Disayangi & Dihargai: “Saya Tidak Ada Niat…”
Beberapa minggu ini penggemar, karyawan seni dan pengguna media sosial di Indonesia juga Malaysia ‘kecoh’ selepas platform Instagram milik penyanyi terkenal Judika menjadi blackout atau hitam.
Menerusi hantaran dengan latar belakang hitam yang dibuat pada 5 Julai lalu, Judika dilihat menulis: “Terima kasih telah mendukung saya selama ini”.
Hantaran tersebut telah membuat banyak pihak bimbang dan beranggapan pelantung lagu Bukan Rayuan Gombal itu ingin meninggalkan dunia seni atau berada dalam masalah.
Namun ternyata ia hanya konsep yang sengaja diatur oleh pihak pengurusan, DAD Management dan penganjur sempena konsert yang bakal berlangsung di Malaysia pada 21 Oktober 2023 depan, Rockmantic Night Judika & The Gang.
Sewaktu ditemui pada sidang media Rockmantic Night Judika & The Gang di Pavilion, Kuala Lumpur, Judika meminta maaf dan menjelaskan dirinya tidak mempunyai niat untuk menimbulkan kekecohan dengan kejadian blackout tersebut.
“Ini konsep untuk konsert pertama saya dan gang supaya semua peminat tahu saya ada bikin sesuatu yang istimewa.
“Ini adalah perancangan daripada pihak pengurusan dan penganjur. Saya tidak biasa tapi saya okay.
“Cuma setelah ‘gelap’ itu ada banyak salah sangka yang terjadi sehingga ada yang ingat saya mahu pamit (ucap selamat tinggal) atau segala macam. Padahal niatnya hanya mahu beritahu tentang konsep konsert saja,” jelas Judika.
Malah kerana terkejut dengan sambutan yang diterima, penyanyi tersebut sempat mematikan telefon bimbitnya.
“Ramai yang cari, teman-teman, semualah. Saya matikan telefon bimbit kerana tidak sangka menerima respons sedemikian.
“Jujurnya saya tak ada niat mahu prank atau apalah, not my type. Saya juga mahu bilang saya tidak ada niat menghilang. Ini semua konsep saja,” katanya lagi.
Namun satu perkara yang baru disedari penyanyi tersebut setelah kejadian blackout tersebut adalah bagaimana masyarakat dan peminat memberi respons terhadap keberadaannya sebagai seorang penghibur.
“Ada rasa yang lain buat saya rasa terharu sebab saya jenis yang berkarya dan tidak pandai bikin sensasi.
“Dari kejadian ini saya lihat banyak yang sayang, DM apa sajalah minta saya agar jangan pamit atau kemana-mana. Apresiasi terhadap karya dan saya.
“Terima kasih kerana telah mendukung dan perhatian dengan saya,” katanya yang juga telah meminta maaf kepada semua.
Sementara itu Rockmantic Night Judika & The Gang akan menyaksikan tiga penyanyi tempatan ikut beraksi di satu pentas dengan Judika iaitu Shila Amzah, Marsha Milan dan Haqiem Rusli.
Konsert yang bakal berlangsung di Axiata Arena itu dianjurkan Alha Alfa bersama Kharisma Music dengan kerjasama rakan penganjur termasuk ERA selaku radio rasmi.
Pembelian tiket boleh dilakukan menerusi www.ticket2u.com.my/judika.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024