Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kecoh Kemunculan 2 Matahari Dalam Satu Masa, Ini Penjelasan Pakar

Izwan Isa
26/02/2024 13:55 MYT
Kecoh di media sosial apabila sepotong video yang memperlihatkan dua matahari yang dirakam secara serentak viral dalam kalangan netizen.

Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah akaun Instagram yang didakwa milik individu dari Indonesia.

BERITA TRENDING: "Masa Melangkah Keluar, Kena Matahari, Rasa Macam Wow Hidup Baru" - Nad Zainal

Menerusi video berkenaan, beberapa lelaki di atas bot itu dilihat terkejut dengan fenomena dua matahari muncul serentak ke arah berbeza.

“Ini adalah matahari kedua, jadi ini adalah matahari pertama. Saya tidak tahu apa yang berlaku," kata perakam video sambil mendongak ke langit.
A post shared by ombak mentawai (@ombak_ebay_mentawai)

Jadi, apakah benar ada dua matahari yang muncul baru-baru ini?

Pakar cuaca Kolej Meteorologi Klimatologi dan Geofizik Negeri (STMKG) Deni Septiadi berkata, terdapat dua fenomena matahari yang dipanggil Sundog atau Parhelion.

Menurut Septiadi, fenomena ini boleh berlaku disebabkan oleh ketumpatan atmosfera yang menyebabkan pembelauan cahaya matahari dipantulkan oleh hablur ais sehingga menghasilkan cahaya yang dipantulkan.

“Jadi ia akan muncul sebagai matahari kembar dari perspektif kita di permukaan,” katanya dipetik dari tvOnenews, pada Isnin.

Dia berkata, hal ini selalunya berlaku semasa keadaan panas, hujan atau ketika keadaan iklim lembab, di mana terdapat awan jenis Cirrus yang mempunyai hablur ais yang dibiaskan oleh cahaya matahari.

“Selain kehadiran hablur ais di awan Cirrus dan keadaan iklim yang sejuk, Sundogs biasanya muncul ketika Matahari berada di bawah langit iaitu ketika matahari terbit atau terbenam, ini adalah kedudukan yang paling ideal,” sambungnya.

Akhir sekali, beliau menegaskan tiada ancaman yang timbul selepas fenomena ini berlaku.

BERITA TRENDING: Terlalu Banyak Satelit Di Angkasa, Sinar Matahari Mungkin Terhalang Sampai Ke Bumi

“Namun, kehadiran awan Cirrus adalah petunjuk perubahan cuaca di atmosfera pada masa hadapan. Walaupun dalam beberapa kes, pertumbuhan awan Cirrus secara besar-besaran dan kompleks melibatkan cuaca ekstrem," katanya lagi.

Sumber: Viva

#Matahari
;