Laman Utama
Kecoh Misteri Di Sebalik FB Tiba Tiba Aktif, Mayat Tangmo Sudah Selamat Dibakar
Beberapa hari ini pengguna media sosial dan khalayak khususnya mereka yang mengikuti perkembangan kes kematian bintang popular Thailand, Tangmo dikejutkan dengan kemas kini terbaharu di akaun Facebook rasmi miliknya.
Ironi Tangmo disahkan telah meninggal dunia selepas terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu. Mayatnya hanya ditemui dua hari kemudian dan sejak itu spekulasi mengenai kematian Tangmo dikaitkan dengan jenayah terus bertebaran.
Setelah beberapa bulan, Facebook milik Tangmo tiba tiba dilihat aktif dengan beberapa kemas kini baharu.
Ia antaranya berbunyi: “Saya telah didera oleh rakan yang disayangi dan dipercayai".
Pada saat netizen masih tertanya tanya adakah Tangmo sebenarnya masih hidup, pihak berkuasa Thailand mengumumkan bahawa mayat pelakon tersebut telah selamat dibakar.
Menurut laporan thaipbsworld.com, mayat Tangmo telah selamat dibakar dalam sebuah upacara yang diadakan di Rangsit Methodist Church di wilayah Pathum Thani.
Majlis yang berlangsung semalam hanya dihadiri oleh sekitar 150 tetamu termasuk ahli keluarga dan sahabat dekat.
Upacara tersebut dilaporkan berjalan mengikut protokol kesihatan, namun ibunya, Panida Sirayootyotin masih dibenarkan memberi ucapan. Tetamu juga dibenarkan memberi penghormatan terakhir dengan nyanyian selamat buat Tangmo.
Abu mayat Tangmo difahamkan diambil oleh ahli keluarganya.
Dengan berlangsungnya upacara membakar mayat ini, ia sekaligus menolak permohonan untuk membuat autopsi atau bedah siasat kali ketiga bagi memastikan punca kematian Tangmo yang disifatkan mempunyai unsur jenayah.
Terdahulu, forensik telah dua kali menjalankan autopsi dan menemui beberapa kesan cedera terhadap tubuh bintang ini. Bagaimanapun kecederaan kecederaan yang dialami Tangmo bersifat semula jadi dan tidak mempunyai unsur mencurigakan.
Sementara itu, enam orang yang didakwa termasuk pengurusnya akan mendengar keputusan kes pada 27 Mei ini.
Must-Watch Video