Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kecoh! Raline Shah Didakwa Pernah Berkahwin Dengan Bilionair Amerika Syarikat?

Asyraf Roslan
10/10/2024 07:55 MYT
Pelakon terkenal Indonesia, Raline Shah menjadi topik perbualan netizen selepas muncul dakwaan dimana dia pernah melangsungkan perkahwinan bersama CEO Coinbase, Brian Armstrong.

Kisah hubungan mereka kembali hangat dibincangkan selepas Brian mengumumkan pernikahannya bersama Angela Meng di media sosial pada Rabu.

Pelakon filem Polis Evo 2 itu dikhabarkan tidak menghebahkan pernikahan mereka kepada umum sebelum ini kerana mahu menjaga privasi.

Namun menerusi akaun @exi**, individu terbabit memaklumkan bahawa Brian pernah berkahwin dengan “isteri Asia” sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa isteri yang dimaksudkan adalah Raline Shah.


“Everyone forget this egghead divorced his first asian wife last year,” ujar individu tersebut di laman X.

Tidak berdiam diri, Brian terus membalas kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah melangsungkan perkahwinan dengan sesiapa sebelum ini.

“Seeing some misinformation out there. I’ve never been married before.


“But thank you for your interest,” ujar Brian di laman X.


Menerusi tinjauan Gempak di media sosial Raline Shah, aktres cantik itu masih tidak memberi sebarang kenyataan dan hanya memuat naik mengenai kerjanya sahaja.

#pelakon #Raline Shah #Brian Armstrong #CEO Coinbase
;