Hiburan
Kecoh Rumah Kena Serbu, Che Ta Tenang Kongsi Gambar Hidangan Makan Tengahari - “Diet..Aderr”
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai rumah pelakon, Rozita Che Wan yang dikhabarkan telah diserbu oleh pihak MARA.
Bagaimanapun, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta sempat memuat naik hantaran ucapan hari jadi anak keduanya, Aniq Ezzra sempena memasuki umur 26 tahun pada tahun ini.
“Selamat hari lahir yang ke 26 tahun anak mummy yang kecil-kecil dulu macam bear.
“Nasib baik bila dah besar segak,”ucapnya menerusi kapsyen di Instagram.
Pada masa yang sama, pelakon itu juga sempat memaparkan hidangan makanan untuk tengah hari.
“Diet…adeerr,” kongsinya di Instagram Story.
Sekadar info, rumah Che Ta telah diserbu pihak Majlis Amanah Raya (Mara) pada Selasa pagi.
Serbuan dikhabarkan dilakukan oleh pihak Mara setelah pelakon tersebut tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM 1 juta.