Skip to main content

Trend Pasaran

Kecoh Video Cubaan Rogol Budak Perempuan Dalam Masjid, Ustazah Asni Mansor Cadang Letak Pengawal Ketika Sedang Solat - “Supaya Yang Berniat Jahat…”

main-image-(10).png

Menerusi video tersebut, suspek berbaju kuning dan berkopiah putih itu cuba membawa keluar budak perempuan dari dari ruang solat wanita. 

Dalam rakaman berasingan, lelaki itu dilihat bergelut, meraba, memeluk dan cuba melondeh seluar mangsa.

Susulan itu, media melaporkan suspek tersebut sudah ditahan dan kes masih dalam siasatan pihak polis. 

Insiden tersebut ternyata mendapat reaksi kurang senang pelbagai pihak termasuk pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor.

Dalam satu perkongsian di Instagram (IG), Asni menyeru agar pihak masjid mewujudkan pengawal untuk memantau ketika waktu solat berjemaah.

Dalam pada itu, Asni turut mencadang agar pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat sistem penggiliran bagi cadangan mewujudkan pengawal tersebut.

“Buat jadual gilir-gilir @myjakim @datosetia_dr.naim,” cadangnya. 

Terdahulu, kecoh di kumpulan WhatsApp dan media sosial berhubung kes dakwaan cubaan merogol seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid dekat Batang Kali, Selangor pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Perempuan Dicabul Ketika Solat Di Masjid

Must-Watch Video

Advertisement