Kecomelan Anak Yatt Hamzah Di Majlis Aqiqah Tarik Perhatian

Rozaimi Zubaidi
Mac 13, 2017 04:34 MYT
Kecomelan anak pelakon Yatt Hamzah, Suci Humaira Iqlima semasa majlis aqiqahnya pada Ahad, menarik perhatian ramai.
Yatt menerusi akaun Instagram (IG)nya, telah berkongsi momen-momen indah sepanjang majlis berlangsung khas untuk tatapan para peminatnya.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian bukanlah majlis tersebut tetapi pelbagai reaksi comel wajah Suci Humaira.
Menerusi entri di Ignya, Yatt telah memuat naik kapsyen ;" Ya Allah jadikanlah Puteri Kesayangan Kami seorang anak yang solehah dan taat di jalan Agama Mu".
Yatt dan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin mengenakan baju rona putih sedondon dengan anak mereka pada hari tersebut.
Majlis aqiqah itu turut disertakan dengan bertahnik serta dihadiri oleh keluarga dan beberapa rakan selebriti tanah air.
Yatt dan Zul telah melangsungkan majlis pernikahan pada 27 Februari tahun lalu.
Pada perkahwinan lalu, Yatt dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika yang kini berusia tujuh tahun.
Berikut merupakan foto-foto comel Suci Humaira dan sekitar majlis tersebut:
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Yatt Hamzah #Pelakon #Aqiqah