Berita baik buat rakyat negeri Kedah, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengumumkan cuti umum pada 3 November (esok), sekiranya pasukan negeri itu menjuarai Piala Malaysia.

Kedah bakal menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bukit Jalil, malam ini.

Perkara itu diumumkan Mukhriz Mahathir menerusi satu kenyataan hari ini.

Pengisytiharan diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am.

Mukhriz yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata Kerajaan Negeri membuat keputusan ini sebagai penghormatan kepada pasukan Hijau Kuning yang mengharumkan nama Negeri Kedah Darul Aman sehingga berjaya menjulang piala yang berprestij itu.

Ia juga bagi menghargai kesetiaan dan sokongan padu rakyat kepada pasukan bola sepak negeri itu.

Kalau menang malam ni, esok Kedah cuti #pialamalaysia2019 #kfavsjdt #hijaukuning #kedah

A post shared by Mukhriz Mahathir (@mukhrizmahathir) on