Penyanyi rap dan usahawan popular, Caprice mengatakan dia tidak terlalu memilih dalam soal mencari pasangan hidup.

Selain itu, dia turut menyukai wanita yang berasal dari Kedah kerana meminati sifat semulajadi yang ada pada diri mereka.

Caprice mendedahkan perkara itu menerusi sebuah komen yang dibalas kepada seorang pengikutnya di Instagram.

"Kalau Caprice tak memilih senang lah," tulis netizen.

"Mana ada memilih, kalau dari Kedah chance dia tinggi lagi, itu saja.

"Kedah kot, gangster but lembut, I love it," balasnya kepada netizen tersebut.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Caprice terutamanya wanita mengusiknya dan meminta agar dia berkahwin cepat.

?..................... ?‍♂️

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on