Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kediaman Banyak Monyet? Guna Cara Mudah Ini Untuk Halau Daripada Masuk Rumah!

Izwan Isa
27/08/2023 09:50 MYT
Rumah merupakan tempat untuk kita beristirahat dan menenangkan fikiran selepas seharian bekerja.

Namun, matlamat itu tidak mungkin tercapai jika kawasan rumah sering diganggu oleh kedatangan monyet-monyet liar.

Bimbang haiwan ini masuk rumah? Ikuti cara mudah berikut untuk menghalau monyet daripada menceroboh kawasan rumah anda.

Menerusi satu akaun, dua ramuan yang digunakan untuk menghalau monyet ada ubat gegat dan belancan.



Langkah pertama, tumbuk ubat gegat sehingga hancur. Kemudian, gaulkan bersama belacan. Apabila sudah sebati, masukkan campuran tadi ke dalam botol yang telah ditebuk lubang.

Lubang yang ditebuk itu bertujuan untuk mengeluarkan aroma ubat gegat dan belacan keluar. Gantungkan botol berkernaan di kawasan yang gemar didatangi monyet liar.

Sumber: Facebook

BACA: Ini Cara Mudah Nak Halau Lipas Yang Banyak Merayap Dalam Kereta... Nombor 2 Tu Paling Senang​

#Rumah #Monyet #Belacan #Ubat Gegat
;