Laman Utama

Ini Cara Mudah Nak Halau Lipas Yang Banyak Merayap Dalam Kereta... Nombor 2 Tu Paling Senang

gempak
Izwan Isa
19/07/2023
07:50 MYT
Sponsor Banner
Ini Cara Mudah Nak Halau Lipas Yang Banyak Merayap Dalam Kereta... Nombor 2 Tu Paling Senang

Hampir semua pengguna kereta mempunyai masalah lipas dalam kenderaan masing-masing. Hal ini bukan sahaja menjijikkan, malah menyebabkan kita terkejut jika serangga itu keluar secara tiba-tiba.

Memetik portal Hello Doktor, beberapa tempat dalam kereta yang menjadi kegemaran lipas membiak adalah seperti dalam laluan pendingin hawa, bawah karpet kaki, dalam bonet kereta dan juga di celah kusyen.
Lipas gemar ‘tinggal’ dalam kereta kerana keadaannya yang ideal untuk menyorok dan juga bertelur.
Antara sebab mengapa lipas suka berada dalam kereta adalah kerana ia merupakan antara tempat yang ideal untuk menyorok dan bertelur.
Selain itu, jika kita kerap makan dan minum dalam kereta, cebisan makanan yang jatuh akan menarik perhatian serangga ini dan membuatkan mereka datang dan membiak dalam masa yang singkat.
Bagaimana ingin mengusir lipas yang sudah beranak pinak dalam kereta? Ini beberapa cara yang anda boleh ikuti:

Minyak dan majerin

Masukkan minyak masak terpakai, sedikit majerin dan sedikit susu pekat manis dalam satu bekas kosong. Letakkan bekas berkenaan dalam kereta. Letakkan bekas berkenaan berdekatan tempat yang sering menjadi tempat persembunyian lipas seperti di karpet kaki atau di celah kusyen. Biarkan semalaman dalam kereta dan lipas bakal terkumpul dalam bekas berkenaan.

Daun pandan

Sungguhpun daun pandan mempunyai bau yang sedap dan wangi, namun, bau berkenaan dibenci oleh lipas. Untuk menghalau lipas, letakkan beberapa daun panda dalam bentuk simpulan dalam kereta anda. Bagi memberikan hasil yang terbaik, hiris daun pandan dan masukkan ke dalam beg kecil sebelum diletakkan dalam kenderaan.

Serai wangi

Kisar beberapa batang serai wangi tanpa menggunakan air. Kemudian, masukkan dalam bekas berisi air dan peram semalaman. Kemudian, tapis campuran berkenaan dan masukkan air yang ditapis ke dalam penyembur. Semburkan tempat yang diraskaan tempat adanya lipas.

BACA: “Buat Waktu Malam, Pagi-Pagi Collect Hasil” - Lelaki Ini Kongsi Teknik ‘Mujarab’ Bunuh Lipas! Puas Weh!​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024