Hiburan
“Keep Daddy In Your Heart As How…” – Aliff Aziz Rindu Anak
Pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz akui merindui anak kesayangannya, Mohamad Ayden Adrean, 2.
Aliff menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya meluahkan isi hatinya selain memuat naik foto bersama Ayden.
Foto tersebut merakamkan Aliff sedang mencium putera kesayangannya itu.
“I miss you, Junior. Keep Daddy in your heart as how you’re always beating in mine. ? @aydenadrean17 #MyOtherHalf #AydenAdrean,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Aliff belajar daripada kesilapan sebelum ini.
“It’s okay people learn from mistakes no worries just perbaiki balik apa yang kurang kat diri kita,” tulis @i.nurfarhanaz
“Pergi la jumpa dia berbaik-baik balik satu family, bina hidup baru buang jauh-jauh yang lama jangan diulangi lagi... Bulan mulia nak raya jadi la family yang perfect. Berkumpul semua,” nasihat @marryanna_ann
“Masih sempat nak selamatkan rumah tangga, masih ada peluang nak berubah menjadi lebih baik… Fikir anak masih kecil tak faham apa. Kesian rasa…” komen @waaawaa
Terdahulu, Aliff dan Bella telah sah bercerai talak satu di Mahmakah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 16 Mei ekoran penularan pelbagai kisah curang.
Pasangan itu telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden.
Foto: Instagram @aliffaziz91
Must-Watch Video