Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan perkembangan terbaharu Ainul Mardhiah yang dikhabarkan sedang berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Ibu kepada Ainul, Nurul Erwani menerusi kemas kini di Instagram berkata, anaknya itu menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dibawa ke hospital.
Kata Nurul, doktor di ICU memberitahu keadaan Ainul pada kali ini agak kritikal dan tenat. Menurut Nurul, doktor turut menjelaskan keadaan tersebut berlaku akibat jangkitan pada anaknya yang kini berada di semua tempat.
Selain keprihatinan rakyat Malaysia, keadaan Ainul turut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri, pelatih pakar bedah yang pernah terbabit dalam pembedahan Ainul di London, England tiga tahun lalu.
Menerusi kemas kini di Twitter, Dr Amalina berkata: “Baru sahaja mendapat khabar berita drp ibu Ainul. Ya Allah, marilah kita sama-sama doakan untuk Adik Ainul. Semoga cepat sembuh.
Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! Insya-Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, dalam perkembangan terbaharu, Nurul menerusi perkongsian Instagram Story berkata, anaknya kini berada dalam keadaan stabil.
“Alhamdulillah. Doktor kata lepas ambil darah dan x-ray petang ni, keadaan Ainul semakin baik. Good job Ainul. Kita kena cepat-cepat keluar hospital. Duduk rumah lagi selesakan Ainul.
“Jangan risau semua, Ainul tengah stabil. Teruskan doa untuk Ainul ya!” kongsi ibunya.
Terdahulu, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom pada 2019 bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.
Izwan Isa
Mon Aug 01 2022
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.