Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

"Keep It Private!" - Netizen Meradang Dazrin Muat Naik Video Potong Tali Pusat Anak

Amri Hassan 05/07/2018 | 05:30 MYT
Pelakon Dazrin Kamarudin berdepan kecaman netizen apabila memuat naik sepotong video throwback aksinya memotong tali pusat bayinya yang baru lahir.
Video pendek itu menyaksikan Dazrin yang memakai kemeja merah dan berjaket itu berjaya melaksanakan pengalaman pertamanya itu.
"First experience potong tali pusat baby @dasukidazrin. Syukur Alhamdulillah, sumpah liat," tulisnya pada kapsyen entri terbabit.
Bagaimanapun, tidak semua netizen yang bersetuju dengan tindakan Dazrin memuat naik video berkenaan.
"Keep itu private please," tulis salah seorang pengguna.
"Boleh ke macam tu? Suami masuk dulu pun kena cover muka dan rambut," tambah pengguna lain.
Dazrin menimang cahaya mata sulungnya pada 13 April lalu selepas mendirikan rumah tangga dengan Nur Fazulin Razali pada 6 Mei 2017.
Bayi seberat 3.37 kilogram itu diberikan nama Dasuki Dazrin.
Terdahulu, kecoh apabila seorang usahawan kosmetik terkenal memuat naik video yang memaparkan aksi isterinya sedang bersalin.
Rakaman itu mendapat pelbagai kecaman daripada netizen dan selebriti yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan tersebut.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @dazrin88
#pelakon #Viral #Pelakon #Viral #Bayi #Dazrin Kamarudin