Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

Asyraf Roslan
18/09/2024 15:25 MYT
Kedatangan personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed mendapat sambutan hangat daripada kalangan peminat di Malaysia.

Menerusi tinjauan Gempak, kebanyakan rakyat Malaysia cuba mengejar Speed untuk membuat video atau bergambar dengannya.

Ada juga yang cuba memberi hadiah kepada Speed atau nama sebenarnya Speed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. sebagai tanda peringatan dari rakyat Malaysia.

Namun dalam kemeriahan itu, ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan sesetengah rakyat Malaysia yang cakap tidak serupa bikin apabila terjadi kepada diri sendiri.

“Kutuk perempuan kalau kejar artis korea, tengok korang lagi teruk,” kata Didi dilaman X.



Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

“At least perempuan pandai bagi ruang dekat artis Korea tau. Tengok video speed, macam senak tengok orang pegang dia and tak bagi personal space,” kata Addie Cat.

“Tengok video speed, macam senak tengok orang pegang dia dan tak bagi personal space,” ujar Tr. Mustak Khan.

“Bagus untuk mengagumi dan menyokong orang yang memberi inspirasi kepada kita, tetapi ingatlah untuk tetap menjadi diri sendiri dan seimbangkan dalam segala hal!” kata Mr Treder pula.

ARTIKEL BERKAITAN: IShowSpeed Tiba Di KL, Terima Baju Batik, Gundam Daripada peminat

ARTIKEL BERKAITAN: YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"


Pada masa sama, ada yang menyatakan kenapa wanita tidak berbuat demikian kerana mereka tidak mungkin mahu berlari dengan menggunakan kasut tumit tinggi dan kain labuh.

“Perempuan tiada masa nak berlari panjat sana sini dengan kasut bertumit, beg lagi nanti tertanggal-tanggal.

“Ada pula yang pakai kain pakai skirt, mampu jerit jela dari jauh itupun mereka dah cop kita pentaksub,” kata Sya.


Dalam beberapa video yang dikongsikan dilaman X, ada kejadian yang menunjukkan berlaku kemalangan jalan raya, eskelator di pusat membeli belah rosak dan barangan hiasan di kedai makan rosak.

Sebelum berkunjung ke Malaysia dia telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand.
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.

Untuk info, IShowSpeed merupakan seorang penstrim paling terkenal di YouTube, dan meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi.

#K-Pop #peminat #IShowSpeed