,
Berita

Kejadian Tanah Jerlus Jalan Masjid India Bersifat Setempat, Selamat Dikunjungi

Gempak
11/09/2024
02:25 MYT
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India pada Rabu, mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, kesemua agensi terlibat telah melaporkan hasil dapatan masing-masing dalam mesyuarat tersebut.
“Berdasarkan laporan tersebut, didapati bahawa kejadian tanah jerlus adalah bersifat setempat.
“Merujuk kepada maklumat geologi dan rekod penyiasatan tanah sedia ada, lokasi insiden tanah jerlus terletak atas formasi Kenny Hills dan secara amnya terdiri daripada selang lapis batuan schist, phyllite dan quartzite,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, DBKL kini sedang mengecilkan kawasan hoarding di tapak kejadian yang sebelum ini sepanjang 160 meter bermula dari Wisma Yakin sehingga Pondok Polis Jalan Masjid India.

“Kawasan hoarding yang baharu akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dari susur masuk tempat letak kereta bawah tanah Wisma Yakin sehingga simpang Jalan Masjid India/Lorong Bunus 1.

“Kawasan lain adalah mendapan kedua iaitu di hadapan Pondok Polis Masjid India dan sebahagian Lorong Tuanku Abdul Rahman 3,” jelasnya.
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India hari ini dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif Perngurusan Projek DBKL, Mohamad Hamim.
Mesyuarat dihadiri wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan Indah Water Konsortium (IWK).
Turut hadir Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Institusi Jurutera Malaysia (|EM) dan Pertubuhan Geoteknikal Malaysia (MGS).
Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Sumber: Kosmo ONLINE!

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus:'150 Anggota SAR Setiap Hari, Kita Sudah Buat Yang Terbaik' - Bomba

BERITA TRENDING: Ada Kesan Mendapan, Jalan Bandar Rawang 2 Ditutup Sementara

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Lokasi Terus Jadi Tumpuan, Tular Hingga Ke Indonesia

BERITA TRENDING: Sembilan Hari Operasi Mencari & Menyelamat, Ini Kronologi Insiden Tanah Jerlus Masjid India

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Remaja Terselamat, Bapa Saudara Hilang Disambar Buaya

gempak
12/09/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

gempak
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.
Berita

Sembilan Hari Operasi Mencari & Menyelamat, Ini Kronologi Insiden Tanah Jerlus Masjid India

gempak
01/09/2024
10:28 MYT
Selepas sembilan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus dikenali sebagai Vijaya Laksmi Goli, 48, di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dijalankan, ia dihentikan serta-merta pada Sabtu.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India

gempak
01/09/2024
09:56 MYT
Berdepan tragedi ahli keluarga 'ditelan' tanah dan 'hilang' sekelip mata bukanlah satu realiti yang mudah diterima, apatah lagi tidak berkesempatan untuk menatap wajah insan tersayang itu buat kali terakhir.