,
Berita

Sembilan Hari Operasi Mencari & Menyelamat, Ini Kronologi Insiden Tanah Jerlus Masjid India

Gempak
01/09/2024
10:28 MYT
Selepas sembilan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus dikenali sebagai Vijaya Laksmi Goli, 48, di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dijalankan, ia dihentikan serta-merta pada Sabtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, terdapat beberapa sebab SAR dihentikan iaitu dapatan di lokasi kejadian selain faktor keselamatan kepada pasukan penyelamat di dalam lokasi kejadian.
Berikut adalah kronologi insiden berkenaan:

Kronologi

23 OGOS 2024
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian tanah jerlus di hadapan Jalan Masjid India pada jam 8.22 pagi.
- Seramai 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Hang Tuah tiba sebagai pasukan awal untuk menangani insiden kecemasan
- Siasatan mengesahkan terdapat seorang pelancong wanita India, Vijaya Laksmi Goli, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter. Mangsa dikatakan berjalan kaki di kawasan dari Selangor Mansion.
- Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera kren Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mencari.
-Suami mangsa dakwa isterinya ada menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap tidak lama kemudian.
- Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras bawah tanah.
- Pencarian mangsa tanah jerlus tumpu pada saluran paip kumbahan.
- Operasi SAR ditangguhkan pada jam 12.30 tengah malam.
24 OGOS 2024
- Operasi SAR diteruskan dengan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berada di lokasi seawal jam 8 pagi.
- Operasi pencarian mangsa memfokuskan enam lurang kumbahan di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar dan Jalan Kinabalu
- Operasi SAR ditangguhkan jam 7 malam selepas kesemua enam lurang kumbahan yang difokuskan dalam pencarian mangsa telah selesai diperiksa namun belum menemui sebarang petunjuk.
25 OGOS 2024
- Operasi SAR wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India disambung kira-kira jam 9.30 pagi ditumpukan di lurang kedua di Jalan Melayu dan ketiga di persimpangan Jalan Melayu.
- Premis perniagaan di sekitar lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, masih ditutup susulan arahan pihak berkuasa yang terlibat. Tinjauan di lokasi kejadian mendapati hampir kesemua premis perniagaan Malayan Mansion di sini tidak beroperasi.
- Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Ahad mengepam keluar air saluran kumbahan di Indah Water Konsortium (IWK) Kuala Lumpur di Pantai Dalam, dalam usaha mencari mangsa.
- Satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengkaji struktur tanah bagi memastikan kawasan di sekitar Masjid Tanah di sini selamat.
- Polis memaklumkan mencari seorang lelaki dipercayai saksi kejadian insiden tanah jerlus melibatkan wanita warga India dekat Jalan Masjid India.
26 OGOS 2024
- DBKL maklumkan sebanyak dua kali teknik flushing dilaksanakan dalam operasi SAR pada 25 Ogos namun mangsa masih belum ditemui.
- Pihak Indah Water Konsortium (IWK) melakukan teknik 'flushing' bagi mengesan mangsa berusia 48 tahun itu.
- IWK melakukan pemecahan debris (serpihan) sepanjang 69 meter.
- Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan teknologi kamera melalui dua teknik iaitu 'push rod' dan 'crawler' yang dimasukkan ke dalam paip pembetungan bagi mencari mangsa.
- Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, operasi SAR mangsa hilang tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, yang memasuki hari keempat menggunakan sepenuhnya kepakaran tempatan.
27 OGOS 2024
- Operasi SAR wanita warga India memasuki hari kelima.
- Alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) yang digunakan untuk menjejak mangsa tertimbus dengan cara 'menembusi tanah' dilihat mula dibawa masuk ke kawasan pencarian bagi mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
- Pasukan operasi SAR mangsa kejadian tanah jerlus di Masjid India, meneruskan pencarian ke lokasi titik terakhir (end point) loji Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) di Pantai Dalam.
- Dua anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Denti dan Frankie dibawa ke lokasi tanah jerlus sebagai usaha membantu operasi SAR.
- Operasi SAR ditangguhkan ekoran hujan lebat di kawasan kejadian sejak jam 7.30 malam.
28 OGOS 2024
- Kejadian tanah mendap kedua berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Ia dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi selepas hujan lebat dan ribut pada malam sebelumnya.
- Kerja-kerja Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi penilaian integriti tanah di laluan saluran kumbahan diteruskan
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menutup satu lagi kawasan tanah mendap menggunakan tali keselamatan dan penghadang air di Jalan Masjid India di sini yang dikesan.
- Anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekali lagi memasuki stesen pam di Loji Indah Water Konsortium Pantai Dalam.
- Laluan di sepanjang Jalan Masjid India ditutup bagi semua kenderaan susulan kejadian kedua melibatkan tanah mendap.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur masih selamat.
- Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan persiapan untuk mencari mangsa yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus.
- Halangan berupa objek dikesan tersekat antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua dekat Jalan Masjid India.
29 OGOS 2024
- Operasi bagi mencari wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini Jumaat lepas, memasuki hari ketujuh.
- Kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) diteruskan dalam misi mencari dan menyelamat mangsa.
- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lengkap pakaian perlindungan diri (PPE) dan alat bantuan pernafasan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.
- Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memaklumkan bukan sahaja perlu berdepan 100 tan tekanan air, malah pelbagai objek lain yang berada dalam pembentungan menjadi risiko yang perlu ditempuh sekiranya halangan dalam saluran pembentungan di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, dialihkan.
- Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia hadir di lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
30 OGOS 2024
- Usaha pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mencari mangsa tanah jerlus yang hilang di Jalan Masjid India dengan melakukan selaman di dalam saluran kumbahan berhampiran lokasi kejadian awal pagi sekali lagi menemui jalan buntu.
- Operasi SAR yang memasuki hari kelapan hari ini masih memfokuskan kepada usaha untuk merungkai ‘backlog’ melibatkan timbunan sepanjang 15 meter di lurang kumbahan di Wisma Yakin, kira-kira 44 meter dari lokasi utama kejadian yang dikesan.
- Tiga pam elektrik berkapasiti tinggi digunakan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus.
- Stesen pam di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini dimasuki dua kali hari ini oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memeriksa sisa kumbahan dan menjejaki sebarang petunjuk kepada pencarian mangsa tanah jerlus.
- Operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, pada hari kelapan diteruskan pada waktu malam.
- Kamera teleskopik dijangka digunakan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR)
31 OGOS 2024
- Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus komited mengesan mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, yang operasi pencariannya memasuki hari kesembilan sejak kejadian itu berlaku pada 23 Ogos.
- Belum terdapat sebarang petunjuk baharu berkaitan usaha mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah jerlus melibatkan wanita warga India di Jalan Masjid India yang memasuki hari ke sembilan pada Sabtu.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media memaklumkan bahawa operasi SAR yang memasuki hari kesembilan dihentikan dan kini memasuki fasa 'search and recovery.'
- Kerajaan akan berbincang bagi mempertimbang pemberian pampasan kepada keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India

​BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Keselamatan Faktor Utama, Operasi SAR Dihentikan Hari Ini

​BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Kakitangan Dari Syarikat Swasta Tiba Di Lokasi

​BERITA TRENDING: Lelaki Peluk Islam Selepas Hampir Terjatuh Tanah Jerlus Masjid India

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kejadian Tanah Jerlus Jalan Masjid India Bersifat Setempat, Selamat Dikunjungi

gempak
11/09/2024
02:25 MYT
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India pada Rabu, mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

gempak
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India

gempak
01/09/2024
09:56 MYT
Berdepan tragedi ahli keluarga 'ditelan' tanah dan 'hilang' sekelip mata bukanlah satu realiti yang mudah diterima, apatah lagi tidak berkesempatan untuk menatap wajah insan tersayang itu buat kali terakhir.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keselamatan Faktor Utama, Operasi SAR Dihentikan Hari Ini

gempak
31/08/2024
08:41 MYT
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam lubang tanah jerlus di Jalan Masjid India, Jumaat minggu lalu, dihentikan hari ini.
Berita

Lelaki Peluk Islam Selepas Hampir Terjatuh Tanah Jerlus Masjid India

gempak
30/08/2024
18:55 MYT
Seorang lelaki berbangsa India nekad untuk memeluk Islam selepas terselamat daripada insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, 23 Ogos lalu.