Kejohanan 'Astro Junior Championships' peringkat nasional membuka tirainya di Stadium Juara, Kuala Lumpur bermula semalam sehingga 22 September.

Pertandingan tersebut telah berjaya menarik lebih 30 pasukan badmintan bukan saja dari Lembah Klang, malah dari Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

Untuk pengetahuan anda, kejohanan ini merupakan kolaborasi antara Astro Kasih bersama Persatuan Badminton Malaysia serta Kementerian Pendidikan.

Pertandingan campuran ini membabitkan perseorangan lelaki dan perempuan, beregu campuran dan ia terbuka kepada rakyat Malaysia bawah umur 15 tahun.

Setiap pasukan dipimpin pengurus masing-masing dan perlu memiliki sekurang-kurangnya lapan pemain dan tidak melebihi 10 pemain.

Semua pasukan berpeluang memenangi hadiah utama sehingga RM15,000, medal dan trofi.

Kejohanan ini merupakan usaha dan inisiatif Astro untuk mencari pemain muda berbakat melalui program pembangunan badminton dikenali sebagai Kem Badminton Astro.

Sejak penubuhannya pada 2012, kem ini telah memberi manfaat kepada lebih daripada 15,000 peminat badminton muda di Malaysia dan Indonesia.
Dapatkan berita terkini berkaitan Astro Junior Championships di sini.