Laman Utama
Kekal Di Carta Pertama Astro First, Ada Penonton Layan Penunggang Agama Sampai Tujuh Kali!
Melihat pada barisan pelakon dan pengarah, ramai yang meletakkan benchmark tinggi terhadap filem Penunggang Agama.
Ternyata, harapan itu tidak meleset apabila Penunggang Agama menjadi perhatian ramai peminat termasuk pengkritik filem.
Sehingga hari ini, Penunggang Agama masih diperkatakan di media sosial baik di platform Twitter dan Instagram (IG).
Menurut seorang pengguna IG yang dikenali dengan Zurineein, disebabkan jalan cerita yang mantap dia sanggup menonton filem itu berulang kali.
"Serius seronok.. ulang dekat tujuh kali tengok. Good job," tulisnya.
Untuk makluman, Penunggang Agama masih kekal berada di kedudukan pertama dalam carta filem Top 5 Astro First.
Filem Penunggang Agama dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.
Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.
Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.
Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Penunggang Agama di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Must-Watch Video