Tidak mahu mencipta kontroversi semata-mata untuk meraih populariti segera, penyanyi duo, AishaHanim memilih untuk mengekalkan identiti melancarkan dua single baharu serentak sebagai strategi mereka.

Jelas AishaHanim, mereka lebih selesa bergerak perlahan biarpun tidak diulit populariti kerana risau kontroversi yang sengaja dicipta boleh mencemarkan nama dan akhirnya mencipta persepsi kurang manis daripada warganet.

“Memang kami akan melancarkan dua single serentak setiap dua tahun. Kami sebolehnya mencuba untuk mencari ruang dan mengumpul peminat tanpa mencipta sebarang spekulasi atau kontroversi.

“Bukan apa, lebih baik kami perlahan-lahan membuktikan bakat daripada menerima kecaman dan membuka ruang kecaman kepada warganet. Tak apa lambat pun, perlahan-lahan kayuh,” ujar mereka.

AishaHanim yang dianggotai pasangan kembar, Syazara Aisha Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar itu ditemui ketika majlis pelancaran dua single baharu mereka, Tinggalan Cinta dan Dua Muka baru-baru ini.

Lagu Tinggalan Cinta & Dua Muka

Bercerita tentang Tinggalan Cinta, AishaHanim berkata, lagu ciptaan Omar K dan Hanis Rafi serta lirik oleh Firdaus Rahmat ini juga terpilih sebagai runut bunyi bagi sebuah drama yang bakal disiarkan tahun hadapan.

“Bagi kami, ini satu rezeki apabila pihak JS Pictures memilih Tinggalan Cinta bagi drama mereka tahun hadapan. Memang teruja sangat. Ini kali kedua kami bekerjasama dengan produksi itu selepas lagu Angkara.

“Malah Dua Muka juga merupakan sebuah lagu bergenre pop dan catchy yang juga dicipta oleh komposer dan penulis lirik yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, AishaHanim berkata, video muzik kedua-dua lagu juga sudah boleh ditonton di Youtube dan semua platform digital.

"Video muzik Tinggalan Cinta dilakukan di Pulau Redang dan menampilkan pelakon, Iqram Dinzly. Manakala untuk Dua Muka pula, kami menampilkan Tiktoker popular, Uwais," katanya.

A post shared by Aishahanim twins (@aishahanimofficial)


Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!