Hiburan
Kekasih Anak Nikita Ditangkap, Polis Dedah Vadel Paksa Lolly Gugurkan Anak
Kekasih anak selebriti sensasi Nikita Mirzani iaitu Vadel Badjideh kini berada dalam tahanan polis.
Penahanan TikToker itu berlaku selepas Nikita membongar dan membawa kes tersebut ke muka pengadilan. Dia mendakwa Vadel telah menyetubuhi anak perempuannya, Lolly yang masih di bawah umur sehingga hamil sebelum meminta gadis itu menggugurkan kandungan.
Menerusi kenyataan pihak polis, Vadel telah memujuk Lolly melakukan persetubuhan badan sejak mereka bercinta pada Januari 2024.
Vadel didakwa berjanji akan berkahwin dengan Lolly selepas mereka melakukan seks.
“Selama menjalani hubungan cinta, atas pujuk rayu tersangka yang menjelaskan akan bertanggung jawab serta menikahi anak korban sehingga anak korban LM mahu melakukan hubungan badan layaknya suami istri dengan tersangka VAB," kata Kanit PPA Polres Jakarta Selatan AKP Citra Ayu seperti dilaporkan Detik.com.
Polis kemudian mengatakan Vadel memaksa Lolly menggugurkan kandungan agar kehamilannya tidak diketahui keluarga.
"Serta Lolly dipaksa menggugurkan anak Vadel kerana tidak mahu keluarga mangsa tahu,” tambah Citra lagi.
Jika didapati bersalah, Vadel yang hadir dalam perjumpaan polis dan media dengan memakai baju oren itu berdepan tahanan penjara 15 tahun.