Hiburan

Nikita Mirzani Bengang Dituduh Ada HIV Kerana Amal Gaya Hidup Bebas

gempak
Maliah Surip
13/02/2025
13:36 MYT
Sponsor Banner
Nikita Mirzani Bengang Dituduh Ada HIV Kerana Amal Gaya Hidup Bebas
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani berdepan kontroversi baharu selepas didakwa telah dijangkiti human immunodeficiency virus (HIV).

BERITA TRENDING: Anak Nikita Mirzani Lari Dari Rumah Aman, Tak Tahan Sebumbung Dengan Penghidap HIV

BERITA TRENDING: Nikita Mirzani Upah Orang Robohkan Rumah Bekas Kekasih Anak

Nikita didakwa mendapar HIV kerana pergaulan bebas yang dijalaninya. Dakwaan itu muncul daripada bekas rakan baiknya sendiri, Fitri Salhuteru.
“Ini informasi entah betul atau salah. Menurut seorang doktor dia sudah ada HIV, faham siapa yang saya maksudkan?”katanya Fitri seperti dilaporkan Suara.com.
Lelaki itu juga menyarankan agar janda anak tiga itu melakukan pemeriksaan mengenai kesihatannya sewaktu berseteru dengan Nikita menerusi perkongsian di media sosial.
Bengang dengan dakwaan tidak berasas itu, Nikita mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Fitri. Dia juga mengaku dirinya bebas dari HIV.

BERITA TRENDING: Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil

Malah dua tahun lalu sewaktu menjadi tetamu di YouTube Melaney Ricardo, Nikita pernah bercakap tentang keprihatinannya terhadap kesihatan setiap kali bertemu pasangan baharu.
“Kalau saya mahu bercinta saya pastikan diri juga sihat. Pasangan juga perlu sihat,. Kami akan menjalani rutin kesihatan bersama-sama,” dakwanya.

BERITA TRENDING: Anak Nikita Mirzani Meraung Kena Heret Keluar Apartment, Kekasih Akui Tak Pernah Setubuhi Lolly

Dia juga mengaku kerap melakukan pemeriksaan kerana tidak mahu dijangkiti masalah kesihatan seksual.
“Tiga bulan sekali saya akan melakukan pemeriksaan kesihatan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024