Tular di media sosial apabila seorang wanita yang mengaku sebagai bekas pemain kebangsaan mendakwa telah dibelasah pasangannya itu sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Hana Rose itu menerusi Instagram miliknya memuat naik beberapa keping gambar tangannya yang cedera.

Kini dia akui trauma dengan kejadian didakwa berlaku semalam di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.

"Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua. Tapi akhirnya terkadang wanita bule jadi budu dengan yang dia sayang, berdiam n bertahan.


"Sekarang saya phobia dan trauma," tulisnya di laman istagram drhanarose.

Menurut sumber yang dilaporkan oleh Harian Metro pula, pemain terbabit yang masih aktif beraksi bersama sebuah pasukan terkemuka itu dikatakan sering melakukan perbuatan terbabit sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor bertindak mendedahkan perkara itu kepada umum.

Katanya, perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta.

"Memang ada pergaduhan antara mereka namun saya tidak mengetahui lebih lanjut. Saya dimaklumkan, pemain terbabit sering 'naik tangan' apabila tidak berpuas hati dengan kekasihnya itu.

"Setakat ini, wanita itu mendakwa sudah membuat sebarang laporan polis berkaitan tindakan pemain bola sepak itu," katanya.


Sumber: IG Dr Hana Rose / Harian Metro