Laman Utama

Kekasih Chris Martin, Aktres Dakota Johnson Tak Berfungsi Jika Tidur Kurang 14 Jam Sehari

gempak
Maliah Surip
14/12/2023
14:53 MYT
Sponsor Banner
Kekasih Chris Martin, Aktres Dakota Johnson Tak Berfungsi Jika Tidur Kurang 14 Jam Sehari
Aktres Dakota Johnson mengaku tidak dapat berfungsi dengan baik termasuk melakukan aktiviti jika jam tidur terganggu dan tidak cukup.

BERITA TRENDING: Kasut Chris Martin Jadi Dambaan Netizen, Peminat Cari Lubuk Asal! Rupa-Rupanya...

Bintang filem Fifty Shades of Grey itu malah memberitahu memerlukan tidur yang cukup, lebih daripada 10 jam.
Kekasih vokalis Coldplay, Chris Martin itu mendedahkan dia menghabiskan masa dengan tidur 14 jam sehari. Ironi kebanyakan durasi tidur normal adalah sekitar tujuh hingga sembilan jam.
“Tidur adalah keutamaan nombor satu dalam hidup saya,” kata Johnson kepada People.

BERITA TRENDING: Dakota Johnson Ceburi Bisnes, Jual Produk Kesihatan Seksual Wanita Yang Inovatif

Wanita berusia 34 tahun itu kemudian menjelaskan dia tidak mempunyai jadual tetap untuk bangun tidur sebaliknya melakukan aktiviti (tidur) tersebut sebagai rutin harian.
“Jika saya tidak bekerja saya akan tidur dengan jumlah masa yang panjang. Selama yang saya boleh (tidur),” katanya lagi.

BERITA TRENDING: 27 Tahun Penantian, Coldplay Rileks Perform Dalam Hujan & Terima Kasih Malaysia

Dan untuk memastikan dia mendapat kualiti tidur yang baik, Johnson akan melakukan senaman lima kali seminggu termasuk yoga, pilates dan bermeditasi dua kali sehari.
Kata Johnson, meditasi pula membantu dirinya mengatasi masalah keresahan melampau atau anxiety yang dihidapi sejak remaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024